PUTERI GARIS LANGKAH MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN
Usul Pergerakan Puteri UMNO Bahagian
Tajuk
Pendidikan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Pencadang
Cik Siti Zubaidah binti Abu Bakar, Wakil Pergerakan Puteri Bahagian

Usul Pendidikan
Menyedari
Masyarakat melayu perlu menjadikan persaingan di era globalisasi sebagai satu budaya sekiranya ingin mencapai yang terbaik dan maju dalam bidang perbankan, ekonomi, pendidikan, pertanian serta sains dan teknologi. Untuk itu, bidang pendidikan perlu dijadikan sebagai agenda terpenting negara bagi melahirkan generasi muda yang berilmu dan mampu memenuhi kehendak pasaran.

Peribahasa Melayu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ menunjukkan bahawa generasi baru yang beracuankan konsep muhibah perlulah dibentuk pada usia yang muda. Semangat perpaduan, kekitaan dan kemalaysiaan diterapkan agar mereka sedar dan percaya bahawa perpaduan kaum sangat penting.

Aset besar perpaduan negara ialah sistem pendidikan. Nilai-nilai murni dan kenegaraan dalam masyarakat majmuk di titikberatkan dalam akademik dan ko kurikulum. Tiada lagi kejutan budaya dalam alam pekerjaan, malah kestabilan ekonomi dan politik telah terbina sejak dibangku sekolah lagi.

Justeru itu, menyedari betapa pentingnya pendidikan dalam pembangunan negara, sistem pendidikan terutama di peringkat awal perlu di beri penekanan yang serius. Dalam pendidikan rendah, kemunculan dwi- sistem aliran kebangsan dan bukan kebangsaan dalam sistem pendidikan pada hari ini dianggap tidak lagi sesuai kerana ianya mengakibat jurang yang amat luas di kalangan pelajar yang berbilang kaum. Kemunculan dwi-sistem ini menyebabkan rakyat mengutamakan yang satu dan menolak yang lain, harus di elak kerana ia tidak membawa kebaikan kepada negara.

Seperti kata Perdana Menteri, stategi terbaik yang harus menjadi pegangan kearah perpaduan ialah dengan tidak mewujudkan dua cabang aliran yang memberikan alternatif kepada rakyat kerana mereka akan sentiasa bergerak di atas dua landasan berteraskan kaum walaupun selari tetapi tidak pernah bertemu.

Meyakini:
Sistem persekolahan dan pendidikan negara terus mendapat pujian serta pengiktirafan rasmi kebanyakan pertubuhan antarabangsa termasuk UNIESCO yang terletak di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pengiktirafan itu bukan perkara aneh kerana pakar-pakar mengenai pendidikan, sains dan kebudayaan daripada pertubuhan itu sering mengemukakan resolusi yang mengakui sistem yang kita gunakan sejak dari zaman pasca kemerdekaan sehingga sistem pendidikan di Malaysia bukan sahaja antara yang terbaik di dunia tetapi menepati misi mewujudkan generasi berilmu pengetahuan tinggi yang seterusnya berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ekonomi negara. Reputasi Sekolah Kebangsaan di Malaysia juga cukup baik berbanding negara-negara maju yang lain.

Jadi apabila ada segelintir pihak yang menimbulkan isu mahu supaya sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina ditambah ia bukan sahaja bermotifkan sesuatu yang asing tetapi seolah-olah mahu mengundur beberapa tapak ke belakang tanpa menghiraukan kejayaan dicapai oleh sistem sedia ada sekarang.

Bagaimanakah penambahan sekolah aliran Cina boleh membantu usaha memupuk persefahaman di kalangan murid? Usaha untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan kaum seharusnya dimulakan dibangku sekolah lagi yang mana murid pelbagai kaum dapat bergaul bukan sahaja di dalam kelas, tetapi di gelanggang permainan dan kegiatan luar sekolah.

Bukankah lebih baik memperkukuhkan dan memperbaiki sekolah-sekolah yang sedia ada terutama dari segi sistem pengurusan dan pembelajaran supaya sejajar dengan keperluan semasa yang diingini oleh setiap pelajar mahupun ibu bapa mereka. Kerajaan harus menentukan setiap sekolah baik di bandar mahupun di luar bandar dilengkapi dengan segala peralatan yang diperlukan, disamping dapat menyediakan tenaga pengajar mencukupi untuk semua mata pelajaran yang dikehendaki ibu bapa.

Selain isu penambahan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, isu yang ditumbulkan oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang mahu supaya Sekolah Kebangsaan dipisahkan dari sebarang unsur-unsur keagamaan disifatkan sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan bukan melayu daripada menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Sesetengah pihak berpendapat isu ini sengaja ditimbulkan kerana mahu mewujudkan prasangka negatif untuk menolak dasar kerajaan yang mahu memperkasakan sekolah kebangsaan.

Isu-isu yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini jelas memperlihatkan kegelisahan dan ketakutan pihak-pihak tertentu, sekiranya usaha-usaha kerajaan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan berjaya. Pihak-pihak terbabit tidak perlu khuatir kerana identiti setiap kaum tidak akan lenyap atau hilang jika anak-anak belajar di sekolah kebangsaan. Malah kekhuatiran mereka yang mengandaikan sekolah kebangsaan diwujudkan untuk mengislamkan pelajar-pelajar bukan islam adalah tidak munasabah.

Jika dilihat pada zaman British dahulu, ramai pelajar melayu yang belajar Injil untuk tujuan peperiksaan, tetapi tiada pun yang masuk Kristian. Sepatutnya mereka lebih berfikiran terbuka dan rasional dalam perkara ini kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah semata-mata untuk kepentingan bangsa pada masa akan datang.

Menginsafi
Agak mengecewakan selepas 47 tahun merdeka, masih ada usaha untuk meluaskan lagi keadaan yang mana murid sekolah terus dipisahkan daripada dapat belajar bersama di bawah satu bumbung. Usaha yang boleh menghalang murid pelbagai kaum dapat belajar, bermain dan berinterasksi bersama inilah yang patut dipersoalkan.

Apakah yang diharapkan daripada Dasar Pelajaran Kebangsaan jika tidak untuk mewujudkan warga pelbagai kaum yang bukan saja berilmu, tetapi saling memahami di antara satu sama lain dan dapat pula bergaul dalam suasana penuh harmoni seterusnya hidup aman damai.

Berdasarkan keadaan yang wujud sekarang, jika sekolah kebangsaan dipenuhi murid Melayu, murid Cina belajar di sekolah Cina dan murid India di sekolah Tamil, bagaimana persefahaman antara kaum dapat diwujudkan? Anak warganegara keturunan Cina akan berinteraksi dengan kaum Cina sejak kecil hingga dewasa apabila mendapat didikan di sekolah rendah, menengah malah hingga ke peringkat tinggipun melalui aliran Cina.

Trend yang berlaku dalam sistem pendidikan kita pada masa kini amat membimbangkan. Apa yang dilihat semacam suatu pelarian yang sistematik dari sekolah kebangsan yang berlaku sekarang. Kalau di lihat data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, yang dahulunya dikenali Kementerian Pendidikan, hanya 2.1 peratus ibu bapa Cina yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan. Di kalangan ibu bapa India pula hanya 4 peratus sahaja yang menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Langkah keterbukaan yang bakal diambil oleh kerajaan iaitu menjadikan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai mata pelajaran elektif atau pilihan di sekolah kebangsaan supaya ianya dapat menarik segolongan besar masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk belajar di sekolah kebangsaan.

Maka, dengan ini Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sepang mengusulkan dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sepang yang bersidang pada 15 Mei 2005 seperti berikut;

Menyokong segal usaha-usaha kerajaan yang akan terus memperkasakan sekolah kebangsaan supaya ia menjadi pilihan utama rakyat Malaysia, sekaligus membantu kearah memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum serta agama.

Menyokong langkah keterbukaan kerajaan dengan menjadikan Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai mata pelajaran elektif atau pilihan di sekolah kebangsaan, demi memperkasakan sekolah kebangsaan supaya ia kembali menjadi pilihan utama masyarakat berbilang kaum di negara ini

Menstruktur semula sistem pendidikan negara dengan mewujudkan hanya satu aliran sahaja bagi peringkat sekolah rendah

Memperbanyakan penubuhan sekolah kebangsaan dengan memastikan kemudahan dan kelengkapan adalah yang terbaik di setiap sekolah serta meminimakan penubuhan sekolah-sekolah swasta ataupun sekolah-sekolah jenis kebangsan supaya sekolah kebangsaan menjadi pilihan utama masyarakat

Usul Agama
Tajuk Islam Hadhari

Menyedari
Persepsi umat Islam terhadap ajaran Islam terbatas kepada ibadah khusus dan sukar untuk memasukkan agenda pembangunan ummah, peradaban bangsa dan keutuhan negara. Umat Islam kita masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa lain di negara ini. Umat islam perlu lebih progresif untuk terus maju sesuai dengan ajaran Islam. Malaysia sebagai negara Islam telah dan sedang merancang untuk membuat pelbagai pendekatan yang seimbang , dunia dan akhirat bagi mengukuhkan sekalian umnah.

Menyedari masalah ini, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mengetengahkan ‘Islam hadhari’ sebagai salah satu pendekatan yang sesuai untuk memastikan cita-cita negara ini tercapai. Menurut beliau, Islam hadhari bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukannya mazhab baru. Ia adalah satu usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadith yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari dari segi istilah bermaksud ‘yang bertamadun atau Islam yang menekankan aspek ketamadunan/peradaban’. Misi utama dalam pendekatan ini adalah untuk melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan ajaran Islam yang progresif, bertamadun, bertoleransi dan berimbang serta mendapat keredaan Allah SWT melalui pembangunan ilmu dan perancangan yang realistik.

Islam Hadhari perlu diberi penekanan yang serius kerana ia dapat memantapkan lagi pemahaman dan perlaksanaan ajaran Islam dalam bidang akidah, syariah dan akhlak supaya dapat diamalkan dalam masyarakat serta merealisasikan ajaran Islam yang memfokuskan kepada peningkatan mutu kehidupan dan membawa manusia keluar daripada kehidupan yang tidak bertamadun tidak produktif dan mundur kepada satu bangsa yang maju dan berperadaban tinggi.

Ia juga membentuk masyarakat yang berjiwa bebas, efisyen, adil dan mempunyai moral yang teguh serta mewujudkan kualiti hidup ummah yang tinggi serta menuntut umat islam agar mengamalkan cara hidup islam sebagai pemangkin kepada pembangunan negara dalam pelbagai bidang serta menjadi rangsangan dalam perlaksanaan pembangunan ummah dan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Meyakini
Islam Hadhari telahpun dijadikan satu kerangka Dasar Nasional yang akan dijadikan sebagai asas dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam Maju Tahun 2020. dalam erti kata lain, wawasan 2020 yang telah dijadikan sebagai ‘mainstream’ negara selama ini haruslah berpaksikan kepda roh islami atau dalam istilah yang lebih progresif sebagai Islam Hadhari.

Pada penghujung Disember 2003 lalu, Perdana Menteri kita telah membawa topik islam hadhari dalam ucapannya di Jamia Islamia, sebuah universiti di India. Beliau menyatakan bahawa Malaysia adalah satu model sebagai sebuah negara contoh yang membawa kepada pembaharuan dan pembangunan semula negara Islam yang juga menerapkan ciri-ciri budaya Islam moden yang menurut ajaran Al-Quran dan Hadith.

Menurut pendapat ulama, Prof. Dr. Tariq Ramadan dari Islamic Study of Geneva pula telah melihat Malaysia sedang dalam proses membentuk sebuah model negara Islam dengan cara tersendiri yang berlandaskan asas yang teguh iaitu Al-Quran dan Hadith.

Menginsafi
Negara-negara islam masa kini telah dipandang hina dan rendah oleh negara-negara bukan islam atas kelemahan penguasaan ilmu dan kemundurannya dalam aspek pembangunan. Oleh itu, Malaysia yang mendapat jolokan sebagai negara islam contoh perlu membuktikan yang sebaliknya. Cara yang amat komprehensif di era globalisasi ini ialah dengan memartabatkan islam hadhari dalam sistem pengurusan negara

Jika dikaji dengan teliti, Malaysia boleh membangun dengan pesatnya tanpa mengetepikan tuntutan Al-Quran dan hadith. Bukti yang paling ketara dan paling hampir dengan kita ialah seperti penubuhan Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Litar Lumba Fomula One, Lebuhraya Elite, Pengangkutan Transit Aliran Ringan ERL, sekolah-sekolah, pejabat-pejabat dan sebagainya, di mana kepimpinannya diterajui oleh umat islam yang sentiasa berlandaskan al-Quran dan hadith.

Dengan penubuhan ini, banyak aliran tunai keluar dan masuk sebagai satu cabang pelaburan jangka panjang yang memungkinkan keuntungan serta pembangunan yang berterusan. Inilah bukti perpaduan kaum negara kita yang amat dibanggai oleh seluruh dunia.

Maka dengan ini, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sepang mengusulkan

1 Memberi penekanan kepada remaja Islam untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan melonggarkan syarat kemasukan pelajar islam ke pusat pengajian tinggi dan memperbanyakkan skim pinjaman pembelajaran oleh kerajaan. Ini adalah bertujuan agar mereka mempunyai daya saing yang tinggi jika dibandingkan dengan bangsa asing

2 Menganjurkan banyak seminar ilmiah khususnya kepada para remaja bandar dan luar bandar supaya mereka tidak lalai dan terus leka dengan pembangunan yang semakin pesat dan tahu batas-batas agama

3 Menapis siaran televisyen daripada unsur-unsur yang keterlaluan untuk ditayangkan seperti gaya-gaya artis luar yang dapat mempengaruhi para remaja kita

4 Mesyaratkan cara berpakaian remaja islam kita kepada yang lebih bersopan dan tertib sebagai masyarakat melayu supaya dapat mengurangkan masalah sosial yang semakin meruncing

5 Mengharamkan sepenuhnya rokok daripada terus dipasarkan kerana ia boleh mengundang kepada gejala dadah yang juga satu masalah paling besar yang sedang melanda negara

Di sokong oleh
Encik Ahmad bin Karim (Ketua UMNO cawangan Batu Darat ) DUN Tanjung Sepat

Di terima dengan sebulat suara

Baca Seterusnya!
AHLI JAWATANKUASA PUTERI UMNO BAHAGIAN SEPANG 2004-2007
Pengerusi Tetap
Sharifah Yuliana Binti Syed Ali Hanafiah


Tim. Pengerusi Tetap
Elmy Binti Salleh


Ketua Puteri
Rina Binti Mohd Harun


Naib Ketua
Yusmah Indrawati Binti Yusup


Penolong Setiausaha
Norlida Binti Parjoh


Penolong Bendahari
Siti Zubaidah Binti Abu Bakar


Ketua Penerangan
Norazlinda Binti Abdul Aziz

Ahli Jawatankuasa

  • Normanisah Binti Abdul Rahman
  • Juriyah Binti Haji Amir
  • Rosmarinah Binti Haji Basron
  • Fazariza Binti Haji Muhd Mujal
  • Siti Khaizan Binti Khayan
  • Zuraidah Binti Zainal Abidin
  • Suzzy Hashim Kamal
  • Robiatul Adawiyah Binti Mohd Arzani
  • Rahayu Binti Ramlan
  • Herianti Binti Rahmad
  • Julia Binti Mohd Hanapiah
  • Suzianah Binti Suraimi
  • Nurlie Binti Abd Manap
  • Norazlina Binti Aminuddin
  • Hamiros Azura Binti Hamid
  • Hasmera Binti Abd Aziz
  • Shahrizan Binti Dato’ Haji Mohd Shariff

Baca Seterusnya!


Pautan Sepang
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Pentadbir
    BLOGGER